Muka Surat

Friday 24 April 2015

"JANGAN" didalam Islam

Meh saya kongsikan beberapa larangan didalam Islam, Jom kte sama² follow kesemuanya semoga kte semua istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.hihiihihi (mcm ustazah celop lah...hihihihi)
  • JGN sesekali kte melewatkan solat kerana Allah tidak menyukainye, kecuali jika tertidur.
  • JGN masuk ke bilik air tanpa memakai selipar kerana bimbang jika terbawa keluar najis.
  • JGN makan dan minum dlm bekas yg sumbing. Makruh kerana membahayakan kesihatan .
  • JGN membiarkan mangkuk dan pinggan yg sudah digunakan tidak dibasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan (yg nie paling saya pantang kalo dirumah....jgn ditinggalkan pinggan mangkuk kotor didalam sinki, kan ke tak elok.....dalam Islam ianya Makruh tau!).
  • JGN tidur selepas solat subuh kerana ada kesahnya
Nabi SAW pernah bersabda kepada anaknya Fatimah RA:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi     dari kalangan orang yang lalai,sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di     antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi).
  • JGN makan tanpa membaca Bismillah dan doa kerana bimbang rezeki itu akan dikongsi dgn syaitan.
  • JGN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan kerana takut kte akan mati dlm perjalanan...
  • JGN memakai kasut@selipar yg berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JGN biarkan mata meliar takut nanti hati akan gelap diselaputi dosa... (ha! kalo yg suka melihat gelagak org sambil² berehat tu...opsss bahaya tu, takut termengata ke... terus dapat dosa...hihihihihi...)
  • JGN bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  • JGN menangguhkan taubat jika berbuat dosa kerana mati boleh datang bila² masa.
  • JGN ego meminta maaf jikalau memang kte yg bersalah.
  • JGN mengumpat sesama rakat taulan kerana akan merosakkan persahabatan dan kte hilang bahagia. (huhuhuhu.... x mau hilang bahagia)
  • JGN lupa bergantung kepada ALLAH dlm setiap pekerjaan kte. Bimbang kte sombong dgn ALLAH jika kte berjaya dan kte kecewa bila kte gagal.
  • JGN lokek untuk bersedekah kerana sedekah itu dpt memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kte.
  • JGN byk sgt ketawa kerana ia akan menjadikan jiwa kte mati.
  • JGN berbohong kerana ia adalah ciri² org munafik dan menghilangkan kasih manusia kpd kte.
  • JGN menganiaya manusia@haiwan kerana doa makhluk yg teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JGN terlalu susah hati dgn urusan dunia sampai mengabaikan urusan kte kpd ALLAH kerana tujuan kte hidup adalah untuk mengumpul bekalan untuk akhirat kelak.
  • JGN mempertikaikan kenapa Islam berkata JGN kerana semuanya adalah untuk keselamatan kte.
KERANA ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaan-Nya.

No comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak... Jemput datang lagi ;)

Click Meeeeeee

Best blog diorg nie...Jom terjah!

Sumber BW saya yang utama ;)