Muka Surat

Tuesday, 9 October 2018

Contest "Menang Ipad dari Int3Tree HQ" jom semua 😁😁😁

Siapa nak menang Ipad secara PERCUMA dan syaratnye mudah sangatttttttttttt

Isi details uolls disini 👇🏻👇🏻👇🏻

https://int3treehq.onpay.my/prospect/form/contestbobodimana

details tu seperti

Nama
Email
No Telefon 

Mudah kan, itu sahaja detailsnye 😘😘😘😘


Supplement Minda,Fizikal dan Emosi terbaik 👍👍👍



APA ITU INT3TREE?🤔🤔🤔

INT3TREE adalah suplimen minda yang berbentuk SERBUK, perisa COKLAT MINT yang membantu mehasilkan 3 ELEMEN penting, iaitu untuk IQ, EQ dan FIZIKAL.

IQ
Minda, Fokus, Ingatan

EQ
Menstabilkan Emosi, memberi mood gembira

Fizikal
Menghasilkan kesihatan  yang baik untuk lebih cergas dan cerdas

Produk pertama di dunia menggunakan bahan yang telah dikaji dan diperakui keberkesanannya oleh UNIVERSITI KINGSTON, ENGLAND & UNIVERSITI OXFORD

INT3TREE juga mempunyai maksud 

INT =
memasukkan atau Intelektual

3  =
3 elemen yang dimasukkan IQ, EQ, dan Fizikal

TREE =
Ibu bapa ibarat pokok tempat anak2 bernaung

Int3tree mengandungi 10 bahan terbaik,

✔️serbuk koko
✔️ekstrak stevia
✔️omega 3
✔️DHA
✔️susu skim
✔️coklat hitam
✔️ekstrak acai beri
✔️lutein
✔️serbuk pudina
✔️vitamin B-Complex

Kesemuanya berkualiti tinggi dan diimport dari luar negara.

lutein - floraglo
✔️Satu satunya di Malaysia menggunakan bahan3x clinical study.

1)melindungi fungsi penglihatan dari cahaya berlebihan.
2)mencegah kataraks.
3)menguatkan retina.
4)menjaga dan melindungi mata.
5)mengurangkan kepenatan pada mata.

Omega 3
✔️Menggunakan keluaran meg 3 terbaik di dunia.

1) menguatkan daya ingatan.
2) mengurangkan migrain.
3) baik untuk mata dan penglihatan.
4) mengurangkan tekanan.
5) menurunkan risiko pembekuan darah.

Kebaikan int3tree,

✔️Meningkatkan daya pemikiran
✔️Menguatkan memori
✔️Membentuk minda yg cerdas
✔️Membantu menjadi lebih pintar
✔️Memberi kecerdasan & memberi tenaga
✔️Membantu perkembangan otak yang cergas
✔️Memberi protein yg tinggi
✔️Memberi mood yg baik & gembira

Kebaikan int3tree yang lain,

✔️ Mudah bangun tidur
✔️ Mudah tidur bagi yang susah tidur
✔️ Lebih fokus dalam kelas
✔️ Tidur yang puas dan berkualiti
✔️ Memberi tenaga
✔️ Lebih mentaati ibu bapa
✔️ Mudah menghafal
✔️ Mudah faham
✔️ Hilang gagap
✔️ Membantu memulihkan gugup
✔️ Ketenangan bertambah
✔️ Anak mudah makan nasi
✔️ Minda menjadi aktif
✔️ Idea bertambah
✔️ Menjadi bertambah kreatif

Dan yang paling penting. Int3tree TIADA GULA TAMBAHAN!!!

Terbaik bukan?

Untuk info lanjut, boleh klik link ⤵

http:mesejkakpijahint3tree.my

Tuesday, 2 October 2018

Dapat Hadiah???





Hari nie ibu dapat berita gumbira, Alya dapat Hadiah markah tertinggi berkumpulan untuk subjek English dalam kelas dia.....Syukur Alhamdulillah

Sebelum nie memang Alya nie jenis lambat skit menghafal...masalah dia sama...susah nak menghafal...kalo bagi surah pendek2 tu...mesti lebih dari seminggu dia ambik amsa untuk menghafal...memang anak nie berbeza2 kan? Ibu tak kisah namun ibu kesian dengan awk Alya....Kakak Alisha mudah je hafal surah tak sampai seminggu pun...surah dalam Mukaddam tu lah...blum lagi Al-Quran....Al-Quran sekarang nie sekadar membaca sahaja lagi...Mukaddam tak abis hafal lagi...

sejak Alya konsisten mengambil Int3tree disetiap pagi....ibu nampak banyak perubahan dari segi emosi dia dan mudah nak bangun pagi jugak...dannnn dannnn ibu perasan yang Alya makin mudah menghafal....Alhamdulillah Asbab Int3tree. Syukur sangat bila Allah ketemukan Int3tree untuk ibu berikan buat kamu 3 beradik.... tu belum lagi kesah Alisha dan Abid...nanti sambung ye.

Alhamdulillah Int3tree banyak membantu ibu dan papa...

Ibu rekemen sangat2 buat ibu ayah diluar sana, berikan anak2 supplement ini...Int3tree, berkesan sangat2... Int3tree adalah Nutrisi terbaik buat Minda,Fizikal dan Emosi anak2...tak perlu ambik supplement campur2 dah....Int3tree 3In1...

ibu ayah boleh je wasap K.pijah terus sebab K.pijah pengedar sah Int3tree....nak COD area Nilai Freee...ada package2 lagi...jimat..

http://mesejkakpijahint3tree.my click je link tu untuk order tak pun ambik no K.pijah nie 012-3756461....K.pijah sedia membantu...nanti K.pijah cerita pasal Abid dan Alisha pulak ye...apa perubahan yang berlaku pada mereka.InsyaAllah

Tuesday, 10 July 2018

Double Cleansing ST.Ives product

uolls tahu tak yang orang2 Korean, diorang memang mengamalkan Method Double Cleansing nie untuk menjaga kebersihan kulit meraka... selalunye step yang diorg gunakan adalah pertama mencuci wajah menggunakan Oil-based Cleanser terlebih dahulu dan followed dengan Water-based Cleanser. Sebab tu kulit diorg memang bersih dari minyak2 dan nampak halus je kan.

so, Kte pun kene lah follow mende yang baik kan? siapa lagi nak kisah tentang kulit kte kalo bukan kte sendiri. hihihihi
TQ ST.Ives atas pemberian nie, doakan skali K.pijah dapat pergi melancong tu ha...hihihi


No Paraben, Dermatologist Tested...jangan bimbang, tidak akan menyumbatkan liang pori uolls.

K.pijah sarankan uolls gunakan product ST.Ives nie bersama2 dengan produk Seqy Beauty...barulah double cleansing kan? hihihi... Gunakan Scrub dari ST.Ives nie...

Dan lagi ST.Ives nie ada keluarkan pelbagai jenis Scrub, ikut keperluan jenis kulit uolls. memang best...guna seminggu 3-4 kali sahaja, jangan hari2 tau......nipis kulit tu nanti.Letak sedikit di atas jari uolls dan sapu pada wajah uolls secara membulat dan lembut sahaja....lepas dicuci memang kulit akan rasa lebih lembut dan cerah dik kerana bijik2 halus dari extract kulit Walnut tu menanggalkan sel2 kulit mati dengan berkesan sekali....sebab tulah kulit cerah lepas penggunaan dia.


yang nie yang K.pijah gunakan sekarang....memang segar lepas guna dan wangiiiii





Dah siap bilas, boleh lah guna Cleanser Seqy Beauty seperti biasa semula, kite mcm double pencerahan tu sebab Cleanser Seqy Beauty ada extract Lemon dan Green Tea yang akan mencerahkan kulit secara semulajadi.

Memang kualiti ST.Ives Scrub nie terjamin dan tinggi kualiti dia sebab diorg menggunakan 100% walnut dari California...memang segar bugarlah Shell dia tu...pengeluar utama walnut kan? hihihi

Harap perkongsian K.pijah kali nie bermanfaat buat Kalian semua... jom kte sihatkan kulit wajah kte dengan method Double Cleansing nie....jangan risau, uolls takkan membazir langsung sbb 1 botol Scrub nie sumpah boleh guna berbulan2 kadang makan tahun sbb seminggu 2-3 atau 3-4 kali sahaja dah tu guna skit je sekali guna....memang lambat abis dan ianya pelaburan yang menguntungkan.


Wednesday, 24 January 2018

Sambil cerita terberi resepi Nasi Minyak oleh k.pijah

Semangat nak memasak kemain lagi tau.....Niat dihati nak buat nasi Bariani tau....balik je ambik anak2 dari sekolah....terjerit, terpekek, terlolong, nyuruh demenye mandi, solat, cepattttttttt!!! macam orang tak sioman kalo dengar....hihih. tapi kalo aku nie tak buat macam nie, sah sah demenye tak bergerak....bila kat sekolah tau sendiri waktu bila nak makan, waktu bila nak solat zohor....sempat aje....bila kat umah automatik kene ibu jerit dulu baru buat....arghhhhhhhh "Delima ibu pijah" kehkehkeh

oh cerita pasal nasi bariani, lepas je Alisha selesai semua tugas....zassss jerit lagi "Kak, tolong ibu ambik daun pandan dalam 4 helai ye.....sekarang, ibu nak masak nasi nie" hahahah panjang ok arahan ibu....siap ditanya lagi "apa ibu? daun pandan? berapa helai ibu?" uolls rasatak apa k.pijah rasa? kahkahkah dah bagi arahan penuh tadi, dia tak ambil perhatian......arghhhh jenis k.pijah, k.pijah takkan jawap...hahaha k.pijah tau dia dengar dan saje nak berinteraksi ngan k.pijah....tak kose nak layan dia....dia kuat mengusik tau...last2 sampai je Daun Pandan 4 helai tu atas meja.bertuah punye anak.....belajar mana lah perangai kuat menyakat dia tu? eh ibu baik tau...kehkehkeh...(orang nakal tak ngaku diri dia nakal kan) hihihi

oh nasi Bariani....hihihi dah siap lah bahan power k.pijah nie

Beras basmati 2 pot, dibasuh dan direndam selama 15 minit....lepas tu toskan beras tadi.
*Bawang merah kecik 3 ketul, diracik halus
*Bawang putih 3 ketul, diracik halus
*Halia secoit dihiris
Kuib pati ayam seketul
Daun Pandan dibasuh dan dibelit, disimpul
*Bunga Lawang 2,bunga cengkis 6,buah pelaga 4,kulit kayu manis skit
Santan pekat dalam 3 senduk nasi...hahaha.
Magerin 2 sudu makan
Minyak masak 3 sudu makan
Serbuk Bariani (3 sudu makan)

Bahan nak cecantik, pewarna kuning telur, kismis, gajus digoreng tanpa minyak.

Cara nye mudah je.....panaskan minyak dan magerin tu....(tujuan guna skit minyak masak tu sebab kte tak mau magerin tu hangus) bila dah cair magerin dan minyak masak tu, uolls tumis bahan * tu...bila dah naik bau...wangi, boleh lah masukkan serbuk bariani tu....tumis dia isi skit air....malangnye k.pijah LUPA NAK ISI, maka nasi nie adalah nasi minyakkkkkk, bukan nasi bariani....hahahaah
lepas dah tumis tu, naik bau n minyak...uolls masukkan santan dan kuib pati ayam tadi...pastu goreng skali ngn beras basmati tu.....kemudian masukkan air secukupnye dan masukkan skali daun pandan. tutup api dapur..angkat periuk nasi dan masukkan dlm rice cooker.....biar dia masak dan sejuk.

Bila nasi dah masak dan sejuk, ambik gajus dan kismis tadi masukkan kedalam nasi dan gaul perlahan2 dan dah gaul tu, titiskan secara rawak pewarna kuning telur.....biarkan...siappppppp

Punyelah kalut, lupa nak isi rempah bariani...huhuhuhu
 Pastu k.pijah buat lah kari ayam, acar timun dan goreng papodem tu ha...itu jelah kesahnye...hahaha.sedap juga makan nasi minyak...hihihi

Friday, 19 January 2018

Kenapa tak bercapok?BB Cream Seqy Beauty

Salam Jumaat buat sahabat2 k.pijah semua. Sihat ke semua hari nie? dengarnye banyak kes HFMD ye dikalangan anak2 kte sekarang nie? ramai jugak kenalan k.pijah punye anak terkene HFDM nie...kesiannye lah. HFDM nie apa yang K.pijah paham ianya semua berkenaan kebersihan dan ia juga berjangkit begitu pantas sekali...hati2 ye semua. Semoga sesiapa sahaja yang dijangkiti HFMD nie kembali sembuh dengan segera dan ceria kembali...amin amin amin

Ok kte letak issue HFDM ke tepi sekejap ye, jom K.pijah cerita berkenaan 1 produk Seqy Beauty yang memang tak asing lagi bagi kalian semua....kerana apa? kerana ianya adalah produk keluaran Seqy beauty yang pertama sekali....boleh kata Baby Sulung Seqy Beauty nie. Mesti ada yang dapat teka dah nie...hihihi...ye betul lah tu....pandai uolls tau...suke K.pijah.

BB Cream yang sememangnya super duper best lain dari yang lain kerana...kerana....ianya WaterBased...faham kan maksud WaterBased nie? secara kasar bahasa kte orang biasa2 nie....WaterBased tu membawa maksud BB Cream nie asasnya adalah Air.....yes Air...Air bila terkena kulit kte ianya natural kan? ianya menyucikan kan? Begitu juga sifat asas BB Cream Seqy Beauty nie. Ianya langsung tidak akan merosakkan kulit dalah erti kata lainnya....bila produk berasaskan Air nie dia takkan sesekali menyumbatkan liang pori uolls....ataupun tidak akan menghasilkan atau menggalakkan process pengeluaran minyak pada liang pori uolls.

Berbelit belit ayat K.pijah...punyalah nak menerang sampai berbelit-belit...kahkahkah... senang kata kan...bila pakai BB Cream WaterBased nie kulit uolls takkan kelihatan berminyak atau pun bercapok bila bergabung dengan peluh uolls ataupun menutupi liang pori uolls. Maka kejadian jerawat InsyaAllah takkan terjadi dik kerana BB Cream nie...

Lagi lama BB Cream nie berada di wajah uolls lebih menarik ia akan kelihatan...nampak kulit tu moist dan glowing aje. Tak percaya? ish ish ish...kene kene......wajib...wajib....wajib  cuba tau.

Sejak setahun yang lalu k.pijah guna BB Cream nie, mana pernah dah k.pijah membeli bedak compact tu...hihihi cukup sekadar pakai BB Cream Seqy Beauty aje tau...sumpah jimat terlajak.. bayangkan Harga cuma RM55, tapi boleh pakai berulang2 sampai cecah 2-3bulan tau. Memang waktu siang K.pijah akan pakai BB Cream nie kalo nak keluar kemana2.... ha jimat kan? bedak compact tak perlu beli dah. Cukup RM55 untuk 2-3 bulan...

Bertambah menarik lagi BB Cream Seqy Beauty nie kan WaterBased, memang senang lah nak dicuci....tak perlu make-up remover bagai...air Mutlak dah memadai...cuci beberapa kali dah clear bersih.senang lah kalo kuar berjalan2 nak singgah menyahut seruan azan tu, mudah dan pantas....tak perlu dah uolls bawa cleanser,toner,serum....kehuru kehilir. Usai selesai solat, apply semula BB Cream nie settle masalah....cantik kebabommm tau.

Yang lagi...lagi....lagi best nye, BB Cream Seqy Beauty ada promosi tau dah tak banyak dah stock untuk clearance sale nie, bukan sebab apa tau....HQ nak buat packaging baru, jadi diorg suruh abiskan packaging lama nie dengan harga promosi nie

Beli 1 RM50, uolls jimat RM5
Beli 2 RM90, uolls jimat RM20....boleh campur-campur tau
Boleh campur nak 2 Fair @ 2 Natural @ 1 Fair 1 Natural

Nie color dia, tapi semuanye blend dengan warna kulit
BB Cream code Fair dan Natural sahaja tau yang promosi nie
BB Cream Beige Limited Edition kekal harga RM55(K.pijah memang suke gile dengan bB Cream Beige nie)

Ini Packaging BB Cream Beige, nanti BB Cream Fair & Natural pun mcm nie lah
K.pijah suke gile BB Cream Beige nie....Natural looks gitu

Ini perbezaan bila K.pijah apply Fair dan Beige...Beige nampak Natural kan?

Nie minggu lepas g jejalan, K.pijah apply Beige, tak perlu bedak2 dah....lama kelamaan dia akan canti n glowing...sekata je kulit tu kan?hihihihi
Dah tergoda ye? nak BB Cream yang mana satu? bagitau je K.pijah....semua stock ada nie...wasap K.pijah terus k.... 012-3756461👄👄👄

Thursday, 18 January 2018

Skincare apa yang K.pijah guna?

Assalamualaikum...hihihi baru nak bagi salam ye...hihihi. Ada orang tanya, K.pijah pakai skincare apa? kulit memang berbeza dari dulu.....dulu kulit k.pijah kering dan ada jerawat halus tu...kalo picit tu letop2 bunyi dia...kahkahkah...K.pijah dah lah kulit cerah skit kan....so kali jerawat halus dan dipicit tu memang nampak sangat lah merah2 nye...buruk teruk..hahaha dari jauh dah kelihatan tau.

Lepas K.pijah mencuba Skincare Seqy Beauty pada hujung tahun 2016 Alhamdulillah kulit K.pijah makin elok.....jerawat halus tu memang tak ada dah...kadang buhsan dan tetibe rindu nak picit pakai kuku..kahkahkah...sebab sekarang nie kalo picit pakai kuku...rata je kulit tu...hihihihi...kulit memang makin lembab dan tak kering lagi dah. Tahu tak ada masalah yang timbul bila kulit kering nie? yang pertama tama skali, kulit akan mudah kelihatan kedut nye tu...memang nampak sgt tua dari usia tau...itulah masalah yang pernah K.pijah alami.....Ditambah pula dengan liang pori yang semakin jelas kelihatan tau...nak nak kat area hidung...nampak lubang2 liang pori tu....rungsing gile iolls..hihihi

Memang kalo orang yang pernah kenal K.pijah akan cakap, "Kulit ko dah memang elok dari dulu lagi" sebab kata2 nie lah K.pijah dulu tak ambik kisahpun tentang penjagaan kulit. K.pijah biarkan aje tau, sampai umur 32 baru perasan kulit nie makin teruk dari usia tau. nampak sgt teruk tau. Mujurlah K.pijah ketemu dengan Seqy Beauty.K.pijah ambik langkah mencubanye tau...lepas sebulan guna...eh kulit makin elok...masih ada jerawat halus tu tapi makin baik kulit nie.K.pijah teruskan dan terbuka hati nie nak share dengan kengkawan...terus K.pijah daftarkan diri sebagai Dropship Seqy Beauty....hihihihi....

Nampak tak atas dahi tu berbintat2, kat hidung pun sama bintat

Beza bekas jahitan di dahi tu makin pudar

Nie lah Skincare yang K.pijah gunakan Skincare Seqy Beauty
Ha....K.pijah gunakan Skincare Seqy Beauty nie lah. Meh cerita apa ada dalam set nie...lengkap dan mujarab sangat. dalam set nie ada 4 items kesemuanye. Tak perlu cari asing2 dah.

🌹 Cleanser
🌹 Toner
🌹 Serum
🌹 Day&Night Cream

Kesemua 4 items nie membantu kulit kte untuk dirawat supaya sihat kembali. Cleanser mampu menyucikan kotoran di dalam liang pori kte, texturenye yang halus yang membolehkan buih sabun tadi memasuki liang pori bagi menyucikan kekotoran. Waktu mencuci nie liang pori kte kesemuanya akan terbuka luas dik kerana formula Cleanser nie tadi. Barulah segala kotoran dapat dikeluarkan tanpa menyekitkan kulit.

Toner pula dirumuskan khas bagi menutup kembali liang pori yang telah dibuka oleh agen Cleanser tadi, sebab tu kalo tanya K.pijah "perlu ke guna toner nie?" K.pijah akan jawap "kalo dah pintu rumah dibuka uolls masuk rumah lepastu takkan biarkan pintu rumah ternganga, bukan je habuk kotoran masuk kan tapi pencuri pun ikut masuk" sekarang uolls masih bertanggapan yang toner nie tak penting ke? hihihihi penting sgt tau... setelah menutup liang pori, toner Seqy Beauty mampu mengunci kelembapan kulit uolls...makan kulit tidak sesekali akan kering setelah dicuci...hihihi...betul kan? Toner nie juga membekalkan kelembapan kulit....dah dikunci ditambah pula agen pelembab...super duper best

Serum Seqy Beauty merupakan agen anti-jerawat, anti-aging, anti-kedutan, anti-keradangan, anti-bakteria jadi bila kulit berjerawat tu....pertama skali dia akan melegakan keradangan kulit akibat jerawat itu tadi, setelah di rawat keradangan ia merawat jerawat tu sendiri untuk....berlakulah pengecutan pada jerawat tu....serum sudah pasti fungsi utama dia merawat kedutan kulit....yang nie memang power, ia meresap jauh ke liang pori bagi merawat kedutan kulit....segala jenis parut kulit akan bisa dirawat....mcm tulah rumusan nya secara menyeluruh.bau dia wangi tau mcm bau buah anggur skit2 lembut je pada kulit.

Day&Night Cream pulak, krim yang dirumuskan khas untuk merawat jerawat pada kulit.....kalo jerawat mula tumbuh tu, bagi masa krim nie bekerja maximum 3 hari, jerawat tu akan mula mengecut dan menghilang tau...tanpa meninggalkan kesan pun. Yang tu paling best kan? super duper best sebab Krim nie juga akan membuatkan kulit uolls lembut bak bayi tau....serius lembut.meh touch skit...hihihi.

Dalam Set Trial Skincare Seqy beauty nie ada 4 items kan....harganye cuma RM130 dan yang menariknye satu set nie mampu bertahan selama 2-3 bulan... memang jimat uolls. Seqy Beauty juga ada mengeluarkan loose items tau...so kalo nak beli 1 per 1 selepas mencuba set nie...boleh sangat2, memang jimat sangat sebab loose items nie sekurang2 boleh dipakai selama 4-5 bulan kadang sampai 6 bulan kalo orang jenis jimat. hihihihi

Jom lah cuba kawan2 ku....yang paling best nye....semua produk Seqy Beauty dijamin selamat kerana ia telahpun mendapat kelulusan KKM dan dikilangkan di kilang yang bertaraf GPM....bukan kilang2 biasa tau. Kami sendiri tak balut packaging sendiri...semua kilang yang uruskan jadi memang ditanggung selamat.hihihihi... Bila produk selamat barulah kte yakin kan? betuk tak?

Eh panjang nye celoteh.....esok produk Seqy beauty yang lain pula ye,...hihihi kalo ada yang teringin tu, jangan tunggu lelama dah.....cuba dari hari nie...uolls akan rasai seperti yang k.pijah rasai sekarang nie...wasap K.pijah terus tau.... no K.pijah 012-375 6461 meh order sekarang sebab sekarang Free postage dan Free gift yang memang best 👍👍

K.pijah tunggu uolls wasap k 👄👄👄



K.pijah mencari pembeli Umah Apartment Desa Ria,Balakong

Tajuk K.pijah tu straight terus kan....konfirm tak masuk SEO nie...kahkahkah... K.pijah tak layak pun...berasa yek? hihihihi

Ok macam nie kawan2, K.pijah sekarang nie mencari sesiapa yang ingin membeli rumah Apartment kos sederhana, bukan kos rendah tau....kos sederhana, Freehold dan berstatus Non-Bumi, Ada Strata.
Harga memang below Market Price K.pijah bagi. Harga Market Price RM350,000.00...K.pijah nak jual RM299,000.00 SAHAJA. Memang murah sangat....meh K.pijah cerita terperinci berkenaan rumah tu.

🏠 Tingkat Bawah - Ground Floor
🏠 Parking lot depan balkoni rumah
🏠 Ada guard 24/7, masuk keluar guna RFID card
🏠 Ada Playground
🏠 Management Bagus, Kawasan Apartment memang bersih sentiasa
🏠 Tempat pengumpulan sampah dibersihkan hari2 jadi sampah dikutip hari2
🏠 Rumah K.pijah 960sq.ft (paling besar kaki perseginye diantara rumah2 lain)
🏠 Siling kapur satu rumah tu.
🏠 Dapur kabinet, table top konkrik, dapur masak
🏠 Ruang dapur kering dan basah
🏠 Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kesemua bilik tidur ada kipas siling, ruang tamu dan ruang makan pun ada kipas siling, dapur kering ada kipas dinding. Di ruang tamu ada aircord
🏠 Rumah nie siap bergrill dah.
🏠 Tempat pintu masuk utama jadi keselamatan tak perlu risau sangat lah, InsyaAllah selamat....orang memang lalu lalang.
🏠 K.pijah dah siap cat baru 1 umah tu...hihihi

Ok itu tentang rumah ah, sekarang kte cerita apa ada disekitar kawasan rumah tu

💖Sekolah kebangsaan, Sekolah Kafa Integrasi, Sekolah Tadika (bermacam2 jenis ada....Smart Reader, Al-baghdadi, (apa yang tadika islamic baju warna hijau tu? ada jugak) mcm2 yang biasa2 pun banyak sgt. Anak nak hanta taska,pengasuh memang banyak area Taman Impian Ehsan tu
💖Shopping Mall pulak, serius banyak sangat, jalan kaki pun boleh sebab depan umah tu ada shopping Mall baru buka bulan 12 baru nie, ada wayang lagi. Dekat juga dengan The Mines, Jusco Cheras Selatan, IOI City Mall,blah2 putrajaya dekat....blah2 KL pun dekat sebab Balakong tengah2.
💖Speed Mart ke KK mart ke kedai 2 ringgit ke kedai hardware ke....uolls sebut je semua ada.semua berhampiran sangat2
💖Hospital, ada jangan risau....depan rumah tu Hospital Columbia Cheras, Hospital Serdang dekat jugak.
💖Masjid pun dalam tu jugak, dalam Taman Impian Ehsan tu jugak
💖Highway memang senang sangat lah, kiri kana depan belakang nak access highway mudah.

Tak cukup lah sekadar bercerita jekan....meh k.pijah show off rumah tu...hihihi...jom
Ruang tamu

Ruang tamu

Ruang tamu kedua ada kabinet TV sesiap

Pintu masuk

Dapur memang dah ada kabinet dapur nie

Dapur blah dapur masak

Blah tepi sini area peti sejuk

pintu access ke dapur basah,K.pijah buat laundry area

Nie dapur basah dia

Bilik pertama, Master lah nie

Bilik air Master bedroom

Bilik kedua pula

Bilik ketiga

Bilik air kedua

Jika kawan2 berminat, boleh terus contact K.pijah tau....boleh je nak deal ngan tuan rumah terus K.pijah(012-3756461) / Azahari(en.somi K.pijah 017-6617907) atau dengan Agen K.pijah Shahril (012-2129555)...memana pun sama aje...hihihi wasap je kami k...mungkin kalo kal tu tak terangkat wasap ok.

Kalo uolls baru nak berkahwin atau sudah berkahwin nak mencari umah yang selesa, tak kecik sangat tak besar sangat, sesuai sangat dah nie.hihihi.





Wednesday, 17 January 2018

Istimewa buat pengguna Seqy beauty bulan January 2018

Apa yang Istimewa nye tu? hanya untuk kesayangan K.pijah sahaja, SeqyLover semua....

Uolls beli SeqyBeauty sebanyak RM130 dan keatas K.pijah ada hadiah buat uolls....apa bezanye dengan bulan2 lain tu? ha suspen kan? jeng...jeng...jeng...

Uolls secara automatiknye akan menerima FREE POSTAGE dan FREE CALENDAR SeqyBeauty tau......FREE uolls

Kalau ada yang buat pembelian atas RM200 k.pijah kasi 2 GIFT dan FREE POSTAGE.....syok kan? hanya untuk kesayangan K.pijah seqylover...hanya dibulan January 2018 SAHAJA....

Lunch Bos Seqy Beauty

Selamat Hari Lahir Alya Adriana yang ke-7 tahun


Selamat hari lahir Kak Ngah

Dah semakin meningkat usia anak dara kedua k.pijah nie. 12hb januari baru nie genaplah usianya 7tahun. Dalam usia dia 6tahun dikurniakan adik lelaki, rasanye dialah yang paling sayang dekat adik lelaki nye nie si Abid nie....memang boleh diharap bab2 tolong jaga adik nie, gelaran terbaru buat Alya adalah "kak ngah"....kalo dulunya dipanggil adik....sekarang tak boleh dah...hihihi.

Alya nie anak yang sedikit manja berbanding kakak nye, yelah dia "adik" lama juga sebelum Abid lahir...hihihi..orangnye sangatlah berdikari, tak mengharapkan bantuan orang langsung kecuali jika nak ambil barang yang ditempat tinggi....hihihi sebab Alya nie eh panggil kak ngah lah ye...sebab kak ngah nie sedikit pendek berbanding tumbesaran kak long...hihihi...jadi kalo nak ambik barang yang disimpan ditempat tinggi, jika dipanjat guna kerusi tak sampai memang dia akan minta bantuan kak long lah jawab nye...hihihi

Suke sangat memasak, rasanye k.pijah terpaksa masak sokmo nie dorongan dia lah...kejap2 ke dapur cari makanan pastu kte pun kesian terus masakkan tuk dia...mcm tu lah kesahnye...kuat makan org nye. Bab mengemas rumah pun rajin sebab dia tak mau adik kutip sampah...ha nie k.pijah suke. hihihi kalo ada dia, k.pijah boleh lah rehat sekejap sebab dia akan ajak kaklong kemas umah. bagus budak bertuah nie.

Bab menjerit pun dialah orang nye.....kalo tak puas hati ngn kaklong, ha ditempik aje tepi telinga kaklong tu...k.pijah rasa kakak tu kurang nak mendengar pun sebab kak ngah nie lah suke tempik tepi telinga dia...kahkahkah...ngaco orang no 1 nie...nyakat...Paling suke sakat kak long dia. Asal nampak je orang tu bahagia baca buku ke buat Nilam dia ke melukis ke...siaplah dia rampasnye buku kawan tu pastu cakap macam nie " jommmmm lah main kak...asyik baca buku je...buhsan lah" lepas tu start lah adegan jerit menjerit,tibai menibai....eeeee mana lah k.pijah tak naik hantu.....dia malas nak baca buku duhasutnye org jadi macam dia.aduiiiiiii

Bab merajuk pun boleh tahan budak bertuah nie...kalo dah bergaduh...kene marah ngn ibu singa jadian nie, mulalah lari masuk bilik....kalo kene time2 nak makan, memang dia akan makan sikit je konon2 tunjuk protes....elehhhh ada k.pijah heran? jup lagi tak sampai 15 minit dia kedapur lah ambik nasi balik...kahkahkah...lawak kan? nak merajuk tapi tak tahan lama.bab makan kalah teruk.hahahaha

nie baru kisah kak ngah skit je nie, dah pening dah kepala uolls kan? k.pijah yang bercerita nie pun part2 nak marah tu menyirap juga menaipnye...hahahah...emosi lebih mak mak nie...pepe pun anak2 ibu kesayangan ibu....sapa yang sayang anak oiiii...biarlah perangai tu macam mana pun...tapi ibu slalu doakan moga Allah baikkan budi pekertimu seperti Allah baikkan rupa parasmu....Amin Amin Amin....Ya Latif, Ya Hakkim, Ya Fattah, Ya Razzak

Kad ucapan khas buat kakngah dari kaklong

Kemain lagi time sayang menyayang...time gaduh...urut dada

kannnnnnn

Macam Abid yang lelebih nie..kehkehkeh

Kek idaman kakngah

Tuesday, 16 January 2018

Siapa ada kakak yang suka nyakat adik?

Kesian tau bila anak sulung perempuan dapat adik lelaki, dianayanye si Abid nie ha

Comei pulak tu dalam pada teriak tak puas ati ke kakak tu...hahaha
Korang pernah rasa tak macam Abid rasa nie atau vice versa lah...kehkehkeh,....sian k.pijah tengok Abid dianaya oleh kak long nie...tapi nak buat macam mana, si ibu pun menompang sekaki....cepat2 ambik hp tangkap gambo dia...kahkahkah

Nangis dia tak pasal2 kene pakai telekong pulak...hahaha...tapi geram pulak nengok ke muka kene anaya tu...hihihi.

Macam tulah ye kalo jadi adik nie, jadi bahan jek dik kakak2....kak long dengan kak ngah nie memang suke sakat adik diorg nie tau...hahaha...tapi Abid melawan boleh tahan .....abis dihempuknye kak long tu selepas adegan menangkap gambo dia...hahaha

K.pijah tak pernah merasa kene buli nie sebab anak tunggal ...kehkehkeh....so kene buli dengan kenkawan jelah.....ha sapa pernah buli k.pijah masa kekecik dulu? baik ngaku sekarang...kalo tak k.pijah tak mau maafkan....kahkahkah...tak lah....gurau semata...kawan2 k.pijah semua baik2 belaka tau diorg tu...hihihi

Dalam pada nyakat menyakati eh ada ke "menyakati" hihihihi suke atilah....dalam pada tu, kene berpada2 lah ye....jangan sampai adik badik makan hati pulak dik perbuatan kte tadi...ingat tu tau. hihihi

Petua segarkan kembali ulam-ulaman

Ha hari nie k.pijah nak share tips macam mana untuk uolls segarkan kembali ulam-ulaman uolls yang dah mengecut dalam fridge tu ha...kesian tau ulam-ulaman tu....eh kekadang tu kte beli mentimun kat pasar kan, tau dak berapa lama dah timun tu setelah di petik,dipack pulak dan dijual ke kte? mesti dah tak berapa segar.....lainlah kalo uolls tanam sendiri....lepas petik terus makan....tu best...segar amat..hihihi

ha meh sini nak share tips yang terpaling best nie...senang je ..... contoh ye...ambik lah salad yang beli kat jusco semalam....lepas dibasuh tu, uolls rendam dalam air dan simpan dalam peti ais seketika...sebelum nak makan tu...dalam 10 ke 15 minit ke...suke ati lah....nanti waktu hidang korang kuarkan dan tapis...korang cuba rasa salad tu....sumpah ranguh tau...hihihi

petai, ulam-ulaman kampung, mentimun ke....buat je mcm nie....lepas basuh dan potong2 ke kan, rendam kejap dalam peti ais tu....lepastu korang rasa.....betul2 segar,rangup...krup...krup tau...best sangat.

En.somi makan nasi berulam pun tak pandang dah kiri kanan, sedap amat dengan kerangupan ulam tu tadi.....eh korang cuba tau...serius best.

Pembukaan 2018, masih belum terlambat

Bagaimana kehidupan permulaan tahun 2018 memasing nie? ada suke? ada duke? Semoga semuanya baik-baik belaka...jika ada yang berduke, anggaplah ianya satu ujian yang menebalkan iman kte.

hai...hai...hai ... sumpah rindu korang semua tau....dari hari ke sehari nak tulis tau...hihihi Ok tak pe, masih belum terlambat nak start kan? janji kte start....yeahhhh

Permulaan tahun 2018 bagi keluarga k.pijah sedikit teratur namun banyak mende kene selesaikan...tak lah banyakkkkk sangat, cuma yang terpenting skali adalah pendidikan anak-anak. Siapa punya anak yang start tahun 1 untuk tahun 2018 nie? ace angkat tangan skit? hihihi...comel dan hensem sangat tau anak-anak korang. Bergaya dan bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan.

Untuk anak k.pijah, si Alya masuk darjah 1 manakala dia Alisha masuk darjah 3....rasa macam mimpi tau...diaorang dah melangkah ke alam persekolahan yang sebenar. Bermula lah episod episod singa menyinga....eh tak perlu tunggu masuk persekolahan pun k.pijah dah sedia jadi singa....hihihi

Pepagi lagi kul 5:30 dah kejutkan suh mandi get ready tuk solat subuh...liat juga lah nak bangun tu tapi adengan tangis menangis tak ada....syukur Alhamdulillah....cuma liat je..sabo jelah. Biasa lah mak-mak, lepas anak mandi sure tak keruan lagi, dah siap gosok gigi? mandi bersabun tak? shampoo kepala tak? dah ambik wuduk? disoal nye anak tu tadi macam inspektor polis.Nasib lah Alisha dan Alya nie dah biasa kene soalan bertubi2 tu.....diaorg jawab dengan tenang.hahaha.

Sesampainye azan ditelinga memasing dah dalam keadaan bertelekong, usai lengkap mendengar azan..maka solatlah kami anak beranak..lepas je solat doa...zasssssss pantas anak2 sangkut telekong dan bersiaplah memasing pakai uniform sekolah. Time diorg bersiap time tu lah k.pijah nak mandikan Abid pulak...nak kemas bilik-bilik tido...macam lipas kudung tau...sambil mandikan Abid, sambil kemas bilik, sambil tu jugak lah k.pijah duk pesan...pesan..pesan....dah pakai seluar panjang? dah pakai name tag? dah pakai stokin....ikat rambut bebetul, nie tuala ambik sidai......nie katil kemas...selimut lipat, cadar nie kemaskan....jangan kekedut nie....ha kau...Bilik k.pijah je k.pijah kemas, bilik diorg k.pijah suh diorg kemas....langsir tu angkat...kahkahkah..tak abis lagi....(mesti korang presure baca karangan k.pijah nie) dapat tak rasa mcm korang yang kene buat mende nie? kahkahkah....

lepas dah siap tu, ke dapur pulak buatlah skit sarapan tuk diorg, tak susah langsung...memasing nak susu, kadang roti cicah milo, kadang cornflakes dan susu, kadang nasi goreng sesimple aje, kadang bihun goreng, kadang memcm lagi lah yang senang2.....sambil diorg makan k.pijah siapkan bekal memasing pastu 6:50 gerak ke skolah...sampai di skolah 7:05 ke mcm tu...terus lah bye bye kiss semua...hihihihi uihhh kelam kelibut dibuatnye. Karang pukul 5:00 ptg baru k.pijah g jemput....Sekolah kebangsaan dan skolah agama diorg dalam 1 sekolah, jadi mudah sangat lah....K.pijah tak perlu ambik tgh hari.

So hari2 sekolah k.pijah bersama hero malaya lah diumah nie...hihihi...pepagi nie dia tido semula tu ha, maka sempat lah sambung buat keje umah dan kali nie k.pijah nak spend sedikit masa tuk berblog kembali diwaktu pagi hari...hihihi boleh kan? masak tuk diorg balik sekolah after Zohor nanti.

Nanti kte sambung cerita lagi k....hihihi
Siapa yang nak kesekolah hari nie?hihihi
Budak semangat nak g skolah nie...hihihi
Kakak relex saje, dah senior katakan...hihihi
Budak baru balik sekolah, dalam kete dah berzikir lapoooo





Click Meeeeeee

Best blog diorg nie...Jom terjah!

Sumber BW saya yang utama ;)