Muka Surat

Friday, 26 June 2015

Amalan Sedekah

Daripada Abu HUrairah RA bahawa Raslullah SAW bersabda,

"Jika seseorang manusia(Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah(kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya"


"Kalo duit gaji pun x mencukupi setiap bulan bagaimana nak sedekah??", rengek kebanyakkan dari kte kan??? bahiklah...sedekah nie luas maknanye.. saya ada terbaca macam² cara sedekah bila kte sendiri tidak punya duit... Jom kte lihat...lepas nie jgn merungut lagi "Org yang kaya jelah dapat pahala sedekah..." jom² kte baca bersama²

  • Ada kawan kereta dia rosak pagi nie, dia minta tolong nak tompang kte ke tempat kerja pagi nie...jadi kte pun tompangkanlah dia ke tempat kerja...ha itu adalah sedekah.. (Membantu urusan org lain).
  • Tgh kte pandu kereta sendirian, dari kte dgr lagu kte pun berzikir...atau tgh kte memasak nk sediakan juadah berbuka nie, kte berzikir serta mendoakan semoga Allah SWT melembutkan hati ahli keluarga kte dlm menerima ajaran Allah... Kedua² perkara itu adalah sedekah... (berzikir dan mendoakan kebaikan atas org lain).
  • Kemudian Si suami pulang dari kerja singgah kedai beli air kotak perisa anggur buat anak², sesampai dirumah anak² gembira dpt hadiah air kotak dari ayah mereka...Ha itu jugak sedekah.(Perbuatan menggembirakan hati org lain).
  • Ada kawan kte yang bermasam muka dgn kawan sorang lagi...jadi kte leraikan persengketaan itu....itu jugak dikira bersedekah.(Meleraikan perselisihan antara 2 org yg berselisih).
  • Ada kawan kte yang sakit, jadi kte ada kesempatan pergi menziarahi dia....itu juga adalah sedekah.(Menjenguk org sakit).
  • Kte senyum pada semua org...sedekah senyuman kan org kata...memang betul senyum itu sedekah
  • Dalam sebuah hadits Rasulullah saw. bersabda: Dari Abu Dzar r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kalian menganggap remeh satu kebaikan pun. Jika ia tidak mendapatkannya, maka hendaklah ia ketika menemui saudaranya, ia menemuinya dengan wajah ramah, dan jika engkau membeli daging, atau memasak dengan periuk/kuali, maka perbanyaklah kuahnya dan berikanlah pada tetanggamu dari padanya.” (HR. Turmudzi)
  • Dan yang terakhir yang saya baca...tuk org yang sudah berkahwin sahaja tau...Hubungan intim suami isteri adalah sedekah...kerana Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa Amar Ma'ruf Nahi Mungkar juga merupakan sedekah. maka bertepatan dgn itu, hubungan suami isteri jugak adalah cara kte mengelakkan diri dari melakukan maksiat kan? Maka itu ianya adalah sedekah.
Mudahnye bersedekah kan...di setiap hari kte, dlm kte tidak sedar kte telahpun bersedekah...Sayangnye Allah pada kte... dia permudahkan segala perkara yang membolehkan kte mendapat pahala.Subhanallah.

No comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak... Jemput datang lagi ;)

Click Meeeeeee

Best blog diorg nie...Jom terjah!

Sumber BW saya yang utama ;)