Assalamualaikum
Daripada Abu Malik
al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir
al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah
dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit
dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi.
Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau
hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya,
ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim.)
Sama2 lah kite membuat pilihan. Pilihan semua terletak pada diri kte sendiri...
No comments :
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak... Jemput datang lagi ;)