Muka Surat

Monday 9 March 2015

Apa itu Micloplasma?

Selamat pagi semua....Moga hari nie lebih baik dari hari semalam....Ameen

Meh lah nk cite skit berkenaan Organisma mikroskopik yang dikenali sebagai pneumonia Micloplasma...disebabkan organisma nie telah menyerang kedua anak saya awal tahun lepas dan awal tahun ini...biasanye dalam bahasa mudah kite paham doctor akan terangkan begini, "jangkitan pada paru²"...memang bila di x-ray akan kelihatan organisma ini di paru² pengidapnye...

Pneumonia Micloplasma nie boleh menyerang sesiapa sahaja...waktu anak saya diserang baru² nie saya juga turut tidak kecuali...huhuhuhu...ok kte cerita simptom dia...jahat sgt tau organisma nie.
  • Memula Alya kene selesema, tapi x teruk sgt....kadang bersin kadang ada hingus kadang tidak..
  • Selepas 2 3 hari muncul demam panas, demam tu bila mlm suhu dia perghhhh tinggi cecah 39.7..huhuhu waktu nie puaslah, mandikan, jelumkan...suhu paling kuat turun pun 38.8 mcm x surut pun panas tu kan? 
Kakak adalah pembantu ibu yang sgt setia menjelum adik, walaupun ditgh mlm.

  • Selepas 2 hari demam panas mlm berpanjangan...bila siang suhu turun skit ke 38.0 waktu ni Alya start boleh tido sbb sepanjang mlm 2 3 hari tu tak dapat tido mlm dgn sempurna dik kerana jelum...mandi tadi...huhuhuhu...pada hari nie dia start batuk dan berkahak...selesema tadi makin teruk
 
Masa nie dah start nafas nye ada sedikit penat, kata Doc.Mohan
  • Nafas makin teruk lah time nie...jumpa doktor biasa dapat lah ubat selesema demam antibiotik...erm tak jln jugak...demam masih teruk...
  • Bawak jumpa pakar Dr. Vijaya Mohan R. Rasathurai (Columbia Asia Cheras), x-ray....sudah nampak virus/micloplasma nie tadi dah menyelaputi paru² adik...apa lagi....berkampung di spital lah kami
  • Kemudian disambung pula dgn Alisha, terus kene demam panas mcm adik tu cuma nye dia tak ada selesema tapi ada batuk....uhai...dugaan betul tapi nasib baik doc dah tahu apa yang menyerang depa maka doc kasi terus antibiotik yang sama diberikan pada adik...
Ini gambar tahun 2013, kali pertama diserang virus Micloplasma nie...huhuhu

Kakak pelawat setia adik.

Lain org lain simpton nye kan...tapi dapat detect disitu, demam x kebah² dan suhunye tinggi...
Sian anak² turun berat badan berkg².

Dan kemungkinan besar anak kepada sepupu saya jugek terkene jangkitan yang sama...Hari ini dpt perkabaran yang baik....Mereka berdua dah boleh pulang ke rumah...Alhamdulillah...terima kasih semua atas doa kalian....Mama(Nurul) dan Papa(EJ) rehat lah mlm nie ye...Take care anak sedara pupu ku....hihihihi...moga terus sehat dan sehat...Ameen  

Cara Virus ini merebak pula adalah
  • -melalui sentuhan
  • -udara pun boleh bila org yang dijangkiti bersin atau batuk
  • -melalui mukus dia jugak
Katanye dari pembacaan saya dari Mr.Google, Micloplasma nie mulaye tidaklah merbahaya. Bile mula² dia menyerang, kte cepat² bagi antibiotik yang bersesuaian untuk membasmi virus ini, maka cepat lah ia sembuh...namun bila kte tidak mengubatinye awal, sbb tu dia melarat dan semakin kuat. Dan kerana tu jugak Alya tumbang 1 kali warded dan 1 kali lagi tidak warded hanya kerana katil penuh....tapi masih diberi antibiotik yang kuat itu diumah...Si kakak bernasib baik kerana apabila virus tu menyerang doctor dari awal sudah memberikan antibiotik yang sesuai, dapatlah diubati dari awal kewujudan virus tu. 

Nak promote Dr.Mohan disini, boleh lah sesiapa nk rujuk dia lepas nie, dia besh...penerangan lengkap dan sabar melayan kerenah patient. Hospital Columbia Asia Cheras nie memang baru, tapi sgt memuaskanlah dari segi parking dan service doctor tu sendiri...Good Job!!!!

No comments :

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak... Jemput datang lagi ;)

Click Meeeeeee

Best blog diorg nie...Jom terjah!

Sumber BW saya yang utama ;)