Muka Surat

Friday, 13 March 2015

Amalan hebat di hari Jumaat (Sayyidul Ayyam)

Perkongsian tuk saling mengingati diri sendiri dan kawan² semua. Semua sedia maklum hari jumaat nie byk kejadian yang hebat² dihari jumaat nie, sbb tu hari jumaat nie digelar hari yang paling mulia disisi Allah SWT. Antara kejadian besar itu:
  • Hari dijadikan Adam AS
  • Hari Baginda Adam AS diturunkan dari syurga ke bumi
  • Hari baginda Adam AS wafat
  • Hari dimana Allah megurniakan satu saat untuk dikabulkan doa² kte
  • Hari akan terjadinye Kiamat
Dan di Hari Jumaat ini ada beberapa amalan sunnat yang boleh kte amalkan. Antara amalan² tersebut ialah:
  • Memotong kuku, mandi sunat Jumaat, mencukur kepala, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan memakain pakaian yang bersih. Terdapat ganjaran yang besar bagi yang memotong kuku sebelum fardhu Jumaat iaitu "Allah akan menyembuhkannya dari penyakit dan memberikannya keselamatan".
  • Membaca surah Ali-Imran. Sabda Rasulullah SAW,"Sesiapa yang membaca surah Ali-Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu".
  • Membaca surah Al-Kahfi. Sabda Rasulullah SAW,"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara 2 Jumaat".
  • Berselawat ke atas Rasulullah SAW, Sekali kte berselawat keatas Baginda Allah akan memberi rahmat 10 kali ganda.
  • Membaca Yassin pada malam Jumaat, Allah akan mengampunkan dosa² kecil yang telah dilakukan oleh kte.
  • Solat Jumaat, Sesiapa yang mendirikan solat Jumaat; antara Jumaat ke satu Jumaat berikutnye, Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda:
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama: Dia umpama berkorban seekor unta
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua: Dia umpama berkorban seekor lembu
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat ketiga: Dia umpama berkorban kibas
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat: Dia umpama memberi hadiah seekor ibu ayam
    * Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kelima: Dia umpama memberi hadiah sebijik telur
    * Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku cacatannya dan ikut mendengar khutbah.Maka sesiapa yang hadir selepeas itu untuk solat Jumaat seolah-olah dia hadir semata-mata solat sahaja.
  • Kebanyakan ulama berpendapat, makbulnya doa yang dibaca diantara 2 khutbah iaitu pada ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
  • Memperbanyakkan sedekah di hari Jumaat. Sedekah pada hari Jumaat lebih mulia dibandingkan dgn hari² lain.
Wallahu a'lam...

Saya berkongsi untuk diri saya dan kawan²semua.....kalau ada kesilapan harap dimaafkan...Sebelum tamat, jom kte ziarah koleksi baju kurung kanak² Riana Little Cuties....dan akhir kata, selamat beramal dan selamat membeli....ahaks.

Wednesday, 11 March 2015

Bila malam menjelma...

Hai semua...Sibuk ke semua dgn kerja?? Amboi tajuk kemain lagi kan?

hihihihi....saje je nak share apa activity si Alisha di malam hari dari hari isnin sehingga hari jumaat...sibuk tau dia...hihihihi...
Words yang di wajib hafal. Isnin test for BI dan Jumaat test for BM.

Nie kerja sekolah nye...sehari x kurang dari 2 subject.hihihihi makne kata boleh lbh dari 2.

Pastu kene membaca buku cerita BM dan BI. kadang tu tak baca pun 2 2 sekali..saya selang seli kan....
Pastu nak makan malam lagi, nak mengaji lagi.... dan selalunye semua task dia tu tak dpt nk complete pun.....cuma yang wajib jek saya tumpukan...kesian dia...tapi oklah jugak sbb lepas balik sekolah sampai waktu saya ambil dia dari umah pengasuh dia boleh berehat dan bermain....tapi bebudak kan? x mampu nk beri tumpuan sampai 3 4 jam straight belajar...Kesian dekat dia...tido memang x dpt lah nk tido awal....paling awal 11.45 dekat² pukul 12...hihihihi...

Ke saya sorang kesian dekat dia? ibu bapa yang lain rasa biasa je ek...memang budak alam persekolahan zaman skang nie sibuk begini ye? hihihihihi.... Si Alya wajib ada kerja sekolah jugak tapi 1 sahaja...so oklah...abis dia buat kerja sekolah mengaji dan mkn selepas tu, dia boleh buat activity bebas dia....iaitu GANGGU KAKAK...patut kakak tak dapat siapkan semua tasks dengan cepat...hihihihi

Oklah...dah nak waktu pulang...Pandu kenderaan berhati² kawan² semua...

Tuesday, 10 March 2015

Biasa biasa saje

Salam selasa semua,

Semua sehat hari nie? hihihi...Ari nie berlangsung seperti biasa kan? Alhamdulillah...tak ada cerita besh pun nk kongsi ari nie....kepala dah penat buat coding...kehkehkehkeh.....(mcm penat sgt)
hihihihi

Boleh tak kalo sesaja nak ingatkan semua....dah selesaikan tafsiran cukai memasing ke blum? ha kalo blum boleh buat skang...sehingga 30 April 2015 kan? Boleh click terus ni sini LHDN hihihihi...bagi yang sudah buat anda BAGUS...hihihihi

Oh kepada ibu bapa yang mempunyai anak² yang akan bersekolah rendah untuk sesi 2016/2017 boleh lah daftarkan anak² anda di laman sesawang nie....click disini ESPPSEL. daftar cepat tau... tarikh tutup daftar online nie pada 30 April 2015 jugak... Ha! untuk Selangor sahaja...hihihihi....yang duk di Pahang boleh daftar ke sekolah terus kot? ke mcm mana? 

Oh....ada kawan saya yang bertanya, mcm mana nk tahu yang virus Micloplasma tu wujud dalam badan kte? erm...ini hanya dari pengalaman saya ye, saya share jawapan nie....kte akan tahu wujudnye virus nie melalui ujian darah @ x-ray. Mcm susah nk duga kan? kalo demam tak kebah² lebih dari 4 hari, tinggi pulak suhu tu...baik kte refer hospital kan....bahaya tuk anak².

Oklah sekian bebelan saya hari ini, nanti sudi² kan lah ke Koleksi Baju Kurung kanak² Riana Little Cuties....hihihihi...boleh dah start buat persiapan raya nie....paipai

Monday, 9 March 2015

Apa itu Micloplasma?

Selamat pagi semua....Moga hari nie lebih baik dari hari semalam....Ameen

Meh lah nk cite skit berkenaan Organisma mikroskopik yang dikenali sebagai pneumonia Micloplasma...disebabkan organisma nie telah menyerang kedua anak saya awal tahun lepas dan awal tahun ini...biasanye dalam bahasa mudah kite paham doctor akan terangkan begini, "jangkitan pada paru²"...memang bila di x-ray akan kelihatan organisma ini di paru² pengidapnye...

Pneumonia Micloplasma nie boleh menyerang sesiapa sahaja...waktu anak saya diserang baru² nie saya juga turut tidak kecuali...huhuhuhu...ok kte cerita simptom dia...jahat sgt tau organisma nie.
  • Memula Alya kene selesema, tapi x teruk sgt....kadang bersin kadang ada hingus kadang tidak..
  • Selepas 2 3 hari muncul demam panas, demam tu bila mlm suhu dia perghhhh tinggi cecah 39.7..huhuhu waktu nie puaslah, mandikan, jelumkan...suhu paling kuat turun pun 38.8 mcm x surut pun panas tu kan? 
Kakak adalah pembantu ibu yang sgt setia menjelum adik, walaupun ditgh mlm.

  • Selepas 2 hari demam panas mlm berpanjangan...bila siang suhu turun skit ke 38.0 waktu ni Alya start boleh tido sbb sepanjang mlm 2 3 hari tu tak dapat tido mlm dgn sempurna dik kerana jelum...mandi tadi...huhuhuhu...pada hari nie dia start batuk dan berkahak...selesema tadi makin teruk
 
Masa nie dah start nafas nye ada sedikit penat, kata Doc.Mohan
  • Nafas makin teruk lah time nie...jumpa doktor biasa dapat lah ubat selesema demam antibiotik...erm tak jln jugak...demam masih teruk...
  • Bawak jumpa pakar Dr. Vijaya Mohan R. Rasathurai (Columbia Asia Cheras), x-ray....sudah nampak virus/micloplasma nie tadi dah menyelaputi paru² adik...apa lagi....berkampung di spital lah kami
  • Kemudian disambung pula dgn Alisha, terus kene demam panas mcm adik tu cuma nye dia tak ada selesema tapi ada batuk....uhai...dugaan betul tapi nasib baik doc dah tahu apa yang menyerang depa maka doc kasi terus antibiotik yang sama diberikan pada adik...
Ini gambar tahun 2013, kali pertama diserang virus Micloplasma nie...huhuhu

Kakak pelawat setia adik.

Lain org lain simpton nye kan...tapi dapat detect disitu, demam x kebah² dan suhunye tinggi...
Sian anak² turun berat badan berkg².

Dan kemungkinan besar anak kepada sepupu saya jugek terkene jangkitan yang sama...Hari ini dpt perkabaran yang baik....Mereka berdua dah boleh pulang ke rumah...Alhamdulillah...terima kasih semua atas doa kalian....Mama(Nurul) dan Papa(EJ) rehat lah mlm nie ye...Take care anak sedara pupu ku....hihihihi...moga terus sehat dan sehat...Ameen  

Cara Virus ini merebak pula adalah
  • -melalui sentuhan
  • -udara pun boleh bila org yang dijangkiti bersin atau batuk
  • -melalui mukus dia jugak
Katanye dari pembacaan saya dari Mr.Google, Micloplasma nie mulaye tidaklah merbahaya. Bile mula² dia menyerang, kte cepat² bagi antibiotik yang bersesuaian untuk membasmi virus ini, maka cepat lah ia sembuh...namun bila kte tidak mengubatinye awal, sbb tu dia melarat dan semakin kuat. Dan kerana tu jugak Alya tumbang 1 kali warded dan 1 kali lagi tidak warded hanya kerana katil penuh....tapi masih diberi antibiotik yang kuat itu diumah...Si kakak bernasib baik kerana apabila virus tu menyerang doctor dari awal sudah memberikan antibiotik yang sesuai, dapatlah diubati dari awal kewujudan virus tu. 

Nak promote Dr.Mohan disini, boleh lah sesiapa nk rujuk dia lepas nie, dia besh...penerangan lengkap dan sabar melayan kerenah patient. Hospital Columbia Asia Cheras nie memang baru, tapi sgt memuaskanlah dari segi parking dan service doctor tu sendiri...Good Job!!!!

Selamat berhujung minggu semua



Hujung minggu adalah hari yang paling bz kot buat ibu-ibu dirumah....mana tak nye....ari nie lah nk siapkan semua kelengkapan tuk minggu hadapan....kene sediakan semua lah.......fiuhhhhhh lap peluh....baru nk tulis dah penat...kehkehkehekeh...

Alisha mcm biasa lah...hari nie hari hafalan dia....stakat waktu nie Alhamdulillah dah pas 10 words BI tu...tgk mlm karang pulak...kehkehkehek...

Alya bermain jelah ari nie....semua keje sekolah dah siap mlm sabtu lagi....so ari ahad adalah hari bahagia buat dia...hihihi...tu baru lepas terjatuh di bilik ibu....abis terluka tangannye...Alya-alya...

Nia lah dia luka nye...hihihi....

Dia main lari-lari dgn kakak nye...bukan lari kemana pun...lari bilik sini masuk bilik sana....tu je pun...anak-anak

Nie lah budak kuat....kalo kakak yang kene, sah x mampu senyum mcm tu...hihihi
Lepas dah siap urusakan semua diumah maka kami pun keluarlah...nk lapangkan fikiran...kehkehkeh...singgah ke kedai membeli brg keperluan...
Nie activity diaorg bila petang menjelma pulak...suka hati lah nak...

melukis lah...mengeja lah...bergaduh pun ye...hihihi...kejap jek baik nye


Kesian jugak kat anak-anak, mcm tak ada activity menarik pun buat diorg....hhihihihi...skang nie musim panas, mari kte kurangkan activity di luar ye anak-anak.

Kepada semua kawan-kawan semua, kurangkan jugak activity diluar ye musim-musim mcm nie....mudah sgt merebaknye penyakit...huhuhu...

Click Meeeeeee

Best blog diorg nie...Jom terjah!

Sumber BW saya yang utama ;)